Sumber Umno dan Bersatu sahkan Azmin dilantik TPM

Bekas menteri kanan Azmin Ali dijangka dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Perkara itu disahkan oleh beberapa sumber Bersatu dan Umno kepada Malaysiakini sebentar tadi.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/588420

Sebelum itu, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian menafikan beliau membuat pendedahan bahawa Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama 10 ahli Parlimen lain akan menarik sokongan kepada kerajaan baharu jika tidak diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Penafian tersebut dibuat oleh beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya membuat pendedahan bahawa Azmin Ali akan membawa 10 orang ahli Parlimen keluar sekiranya tidak diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya juga ingin menegaskan sekali lagi saya bukan sebahagian daripada tim (kumpulan) Azmin Ali,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157245/BERITA/Politik/Baru-Bian-nafi-Azmin-tarik-sokongan-jika-tak-dilantik-TPM