My Digital ID tanam chip dalam badan? Kau dah kenapa? Elok dahulu faham betul-betul sebelum nak kritik atau komen apa-apa.
Mula sekali, My Digital ID ni dimulakan di zaman pemerintahan sebelum ini. Bukan semua benda kita patut kritik walaupun melibatkan musuh politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID.
Digital ID adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Seorang pengguna Facebook Najib Bakar ada menulis panjang lebar mengenai My Digital ini antaranya ia melibatkan transaksi yang memerlukan kita hadir ke kaunter bersama MyKad akan perlahan-lahan digantikan secara online. Boleh jimat masa dan tenaga.
Apa dia sebenarnya My Digital ID ni?
Aku bertanya kepada kawan lama ex-coursemate di UTM. Beliau merupakan seorang doktor phD di MIMOS, dan berada di department yang develop My Digital ID ni.
Ok, untuk mudah faham, ia menggantikan MyKad untuk transaksi online.
Kita tahu semua sistem kerajaan berada dalam silo sendiri. Kita register di MOF guna ID password tertentu. Tapi sistem kementerian lain mungkin kita guna ID password berbeza.
Jadi satu masalah nak ingat satu-satu. Tambahan pulak ada isu security kalau seseorang hacker tahu ID dan password kita.
Jadi selepas ni, kita boleh akses sistem-sistem kerajaan yang berbeza guna My Digital ID ini saja. Tak perlu ingat ID dan password yang bermacam tu.
Transaksi yang memerlukan kita hadir ke kaunter bersama MyKad akan perlahan-lahan digantikan secara online.
Boleh jimat masa dan tenaga. Dari segi teknikal, ia menggunakan public key cryptography, melibatkan penggunaan digital certificate.
Jadi macam mana nak guna?
Kena install app My Digital ID dari Playstore atau App store. Kemudian pergi ke kiosk My Digital ID untuk mendaftar.
Masa nak daftar di mesin kiosk guna MyKad tu, kena scan ibu jari juga untuk sahkan identiti. Kita juga perlu masukkan one time password yang akan digunakan ketika transaksi online.
Sistem ni juga bukannya sistem tracking nak tahu kita berada di mana. Tak berkaitan langsung dengan tanam chip dalam badan bagai. Kerajaan tak track lah pergerakan korang hadoi.
Kalau phone kita dicuri, kita boleh laporkan supaya My Digital ID kita yang ada dalam phone tu di-revoked digital certificate-nya.
Ok, dah faham kan sikit?
Contoh use case, kalau kita nak buka akaun bank. Selama ni kita kena hadir ke bank bersama MyKad untuk sahkan identiti.
Lepas ni tak perlu lagi hadir ke bank, boleh apply online dari rumah sahaja bersama My Digital ID.
Nak tengok website yang dah ada My Digital ID login?
Yang aku screenshot adalah laman web Malaysia dot gov dot my.
Boleh ke https://www.malaysia.gov.my/portal/index
Pergi ke hujung kanan atas, ada button untuk login. Salah satu pilihan login adalah menggunakan My Digital ID. Boleh juga install app My Digital ID ni siap-siap sebelum ke mesin kiosk nanti.
.
Tergelak besar member aku di MIMOS tu sebab orang dok kaitkan My Digital ID dengan dajjal dan tanam chip.
Nak buat camna bro, ni la puak-puak yang percaya maksud pokemon adalah “aku sayang yahudi” dan percaya bahasa isyarat Chris Martin bermaksud “sembahlah aku.”
Baca juga: Sepatutnya awal-awal lagi buat macam tu, warga KL pun nak merasa tinggal di tanah air sendiri