Supermoon di langit Malaysia. Fenomena bulan besar dapat dilihat menghiasi langit Malaysia bermula jam tujuh malam tadi.
Memetik Sinar Harian, fenomena tersebut dapat dilihat di seluruh negara dengan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar supermoon yang juga dikenali sebagai ‘Strawberry Moon’.
Istilah supermoon merujuk kepada kejadian bulan mengambang yang berada pada jarak terdekatnya dengan bumi sekali gus menyebabkan ia kelihatan lebih besar dan terang.
Fenomena ini juga hanya kelihatan di beberapa tempat di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika dan hanya muncul tiga atau empat kali dalam setahun.
Mengikut Kalendar Astronomi Planetarium Negara untuk tahun 2022, tiga supermoon untuk tahun ini muncul pada 14 Jun, 14 Julai dan 12 Ogos.
Baca Juga: Resipi Loaded Potato Bowl Ala KFC, sekali cuba pasti nak lagi
Baca Juga: Banner ‘Peja Jgn Sap Gam!!!’ di stadium malam tadi tular