Surah Al-Baqarah dijadikan lagu latar video transition, tiktoker dari Perancis dikecam

Surah Al-Baqarah dijadikan lagu latar video transition, tiktoker dari Perancis dikecam. Tular di twitter mengenai Tiktoker dari Perancis yang dikecam netizen Malaysia.

Menerusi posting yang dimuatnaik individu bernama Benjamin itu telah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia menyunting video ‘transition menggunakan ayat pertama dari Surah Al-Baqarah.

Video itu memaparkan ‘transition’ pakaian dengan ayat Al-Quran yang dibacakan. masih banyak lagi lagu yang boleh digunakan. Potongan ayat Al-Quran tersebut juga dilihat tidak selari dengan ‘transition’ yang cuba dilakukan oleh tiktoker tersebut.

@benjaminmaissecret

Transition sur une prière

♬ original sound – Benjamin Ledig

 

Mendapat lebih 15.3 juta tontonan, video itu dibanjiri komen dari orang ramai yang meminta Benjamin untuk membuat permohonan maaf di atas perbuatannya.

Tidak mahu kalah, rakyat Malaysia turut memenuhi ruangan komen tiktoker itu apabila tular mengenai video tersebut di Twitter.

Terdapat beberapa orang yang cuba memaklumkan dan mengajak orang ramai untuk membuat laporan agar video itu ditpadamkan dari platform itu.

Namun difahamkan, maklum balas dari TikTok mengatakan video berkenaan tidak melanggar Community Guidelines.

Video tersebut masih boleh dilihat di akaun Tiktoker meskipun Benjamin telah digesa untuk memadam video terbabit dan permohonan maaf perlu dibuat oleh dia.

Diharapkan TikTok boleh memantau dengan lebih ketat aduan yang telah dilakukan bagi menjaga sensitiviti agama setiap bangsa kerana ia adalah platform bebas dan masalah seperti akan menambah kemarahan dan akhirnya tercetus pergaduhan atas talian.

Baca Juga: Malu nak sanding lepas 6 bulan bernikah, Zizi dan Yusuf buat majlis kesyukuran