Suri rumah kena raba di tempat parking kereta kawasan Cyberjaya

Seorang suri rumah yang selesai membeli barang runcit melalui detik cemas apabila dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali yang muncul arah belakang.

Seperti yang dipetik dari Malaysiagazzete, insiden itu menimpa mangsa, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun itu ketika dia sedang menuju ke tempat letak kereta di Tamarind Square, Cyberjaya Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kejadian itu berlaku pada 21 Disember lalu, kira-kira 11 pagi ketika pengadu bersama anak perempuannya berusia dua tahun.

Baca Artikel Penuh