Susah makan ubat, Ako Mustapha dikejarkan ke hospital sebab tak cukup insulin

Pelakon yang pernah gah membawa watak hero idaman, Ako Mustapha dirawat di Zon Merah (Zon Kritikal) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kekurangan insulin dalam badan.

Menurut isterinya, Kartina Shuaib, Ako terpaksa dikejarkan ke HKL akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik lapot Utusan.

“Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu dia tidak mengambil ubat kencing manis sepanjang saya tiada di rumah.

“Apabila kembali daripada bertugas, saya lihat wajahnya sudah lain. Dia memaklumkan baru muntah selepas menjamah sup dan meminum air.

“Saya nasihatkan dia supaya segera ke hospital untuk rawatan, tetapi dia menolak. Apabila mukanya mula senget, saya terus hubungi ambulans,” katanya.

Hospital pantau Ako untuk 24 jam

Bagaimanapun, Kartina menegaskan, Ako tidak berdepan penyakit strok. Jelasnya lagi, perkembangan kesihatan suaminya akan dipantau selama 24 jam untuk rawatan selanjutnya.

“Doktor memaklumkan bukan strok, tetapi disebabkan kekurangan insulin dalam badan. Dia diberikan doktor air, glukosa beserta insulin,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Kartina berkata, Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bertutur, cuma keadaannya masih lemah.

“Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Alhamdulillah, doktor di HKL pantas memberikan rawatan dan dia sudah boleh membuka mata serta senyum.

“Sekarang dia dipindahkan ke Wad Isolasi yang tidak membenarkan membenarkan sesiapa melawat,” katanya.

Baca Juga: 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, Noh sahkan sudah bercerai dengan Mizz Nina

Baca Juga: Dakwa ‘disembelih’ syarikat pengendali rider mogok hari ini