Susah nak ‘kopek’ lala punca malas masak, rupanya ramai terlepas pandang tips rahsia ini..

Ramai yang menyukai makan makanan laut lebih lebih lagi lala. Masak sambal atau hanya rebus dengan serai juga sudah membuatkan kita tambah nasi dua tiga kali.

Namun bab untuk mengasingkan isi dari cengkerang adalah perkara yang paling remeh dilakukan.

Sekarang tidak perlu lagi bersusah payah mengasingkan isi lala daripada kulitnya kerana ada petua yang memudahkan kerja kita sebagaimana perkongsian pengguna TikTok, Zety Majid.

@zetymajid

senang kan kalau nak makan. semoga bermanfaat. #tipsmasak

♬ original sound – zetymajid – Zety Majid

Ini dia tips yang dikongsikan oleh zetymajid, ayuh kita cuba!

1. Rebus air dalam periuk atau kuali sehingga menggelegak setelah anda mencuci lala dengan bersih terlebih dahulu.

2. Masukkan lala ke dalam air yang menggelegak, tetapi jangan masukkan semuanya sekaligus. Sebaliknya, masukkan sekitar satu sebekas kecil terlebih dahulu. Biarkan selama kira-kira dua minit dan kacau.

3. Isi lala yang telah lekang daripada kulitnya akan timbul di permukaan. Kemudian, ulangi langkah yang sama untuk lala yang belum diambil isinya dan ambil atau kaut isi lala dengan menggunakan penapis.

Untuk memudahkan anda memasak selepas ini, anda boleh simpan lala di dalam bekas di bahagian sejuk beku.

Jika anda mahu memulai memasak, hanya ‘defrost’ kan sahaja lala beku ini. Mudah bukan?

Baca juga: “Hilang maruah bila anak nampak aku kena sepak terajang dengan suami, tapi sekarang aku happy bila suami aku terkurung…”