Susah sebenarnya nak dapat Visa ke Amerika, Imran Bard punya pun ditolak

Terkenal dengan gayanya yang lain dari yang lain, pempengaruh Imran Bard terkenal dengan video ‘gwencana’ yang tular satu dunia.

Hari ini, pempengaruh itu meluahkan rasa sedih selepas permohonan visa untuk ke Amerika Syarikat telah ditolak.

Menerusi hantarannya di media sosial, Imran juga berputih mata apabila bayaran sebanyak RM888 untuk menjalani temu duga itu tidak berjaya selepas memberitahu pekerjaannya sebagai ‘content creator’ dan alasan melancong disana.

Menurut Imran, dia memohon visa untuk pergi menonton konsert Coachella yang akan diadakan pada April tahun hadapan di negara berkenaan.

Bagaimanapun, alasan mengapa ia ditolak tidak diberitahu.

Kisah sedih hari ini. Saya bayar RM888 hanya untuk temu duga tersebut.

Tanpa memberitahu saya sebabnya. Saya cuba tanya team servis mereka kata ‘kami tiada sebab yang tertentu’. Habis tu takkan duit aku ‘burn’ macam itu saja?

Dalam pada itu, Imran berpendapat temu duga berkenaan merupakan pengalaman yang paling mahal pernah dihadapinya.

RM888 untuk temu duga yang hanya dua saat adalah pengalaman yang paling mahal.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Imran untuk memberikan alasan yang lebih kukuh untuk melancong ke negara itu.

Alasan tak kena Imran. Awak patut kata nak buat vlog tour di Amerika Syarikat (AS) atau merakam kenangan melancong di AS.

Awak punya alasan untuk melancong tu.

Dorang memang macam tu. Patut kena goreng sikit lagi.

Baca: Ternganga dengar! Ini rupanya habuan lumayan buat atlet Malaysia ‘tuai’ emas sulung pertama