Suspek bunuh Farah Kartini bukan teman lelaki, rakan dedah suspek sebenar

Pagi ini negara digemparkan dengan penemuan seorang wanita yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu. 

Nur Farah Kartini, 25 tahun ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang. 

Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris itu dilaporkan hilang ketika menghantar kereta sewa kepada pelanggan. 

Namun, tular di laman sosial rakan-rakan Farah apabila mereka mendakwa suspek yang dituduh bukanlah teman lelaki mangsa. 

“Dia bukan teman lelaki Farah, dia nak Farah tapi Farah taknak dia!”.

“Tolong jangan percaya headline kekasih Farah”.

Tangkap layar yang disebarkan didakwa rakan-rakan rapat mangsa yang sama menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Polis sedang giat menjalankan siasatan dan kes akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga: Luaran dan dalaman sakit-sakit, Aisha Retno dakwa disihir oleh artis senior – “Saya pernah mengidolakan mereka”