Suspek langgar Zaharif bukan kes pertama, rupanya pernah pukul ibu hamil?

Suspek yang melanggar Zaharif bukan kes pertama, rupanya pernah berkenaan pernah terlibat dalam satu kes lain sebelum ini dan didakwa telah mencederakan seorang wanita hamil.

Menerusi hantaran di X, dikongsikan sebuah laporan polis yang mendakwa pegawai polis berkenaan telah menumbuk perut dan menolak badan mangsa ke mesin jahit berkali-kali.

Tak cukup dengan itu, suspek juga telah memukul adik dan bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Kes tersebut difahamkan berlaku di Kelantan dan dakwa sumber, kes berkenaan telah ditutup oleh pihak-pihak tertentu.

Pegawai kanan polis yang melanggar pelajar berusia 17 tahun hingga maut didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan, tiada sebarang pengakuan direkodkan di depan Majistret S Punitha kerana kes bunuh tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohd Nazri Abdul Razak, 44, telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Baca juga: Peniaga musim tengkujuh dapat duit berkepok-kepok hasil jual ‘kuih dalam kain’