Siasatan yang dijalankan keatas suspek pertama simbahan asid melibatkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim mendapati dia bukanlah pelaku dalam kes berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengatakan siasatan yang dijalankan mendapati motorsikal yang digunakan dalam kejadian tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Siasatan mendapati suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan.
“Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati positif dadah,” katanya.
Terdahulu, BH hari ini melaporkan polis menahan suspek kedua, di Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam bagi membantu siasatan polis berhubung insiden berkenaan.
Sebelum ini, akhbar melaporkan pihak polis telah memberkas suspek kedua di Bandar Baru Bangi bagi membantu siasatan.
Hussein dilaporkan berkata, suspek berusia lewat 30-an itu ditahan lewat petang semalam, dan permohonan reman ke atasnya dibuat di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.
Baca juga: Timbul dakwaan kerajaan tidak mampu beri gaji lebih, ini respon tegas Anwar Ibrahim