Biasanya kita akan menambah sedikit susu cair dalam masakan tertentu untuk menyedapkan lagi masakan tersebut tapi, sayangnya susu cair tersebut terpaksa dibuang kerana sudah rosak.
Susu cair yang sudah dibuka biasanya boleh bertahan seminggu sahaja di dalam peti ais.
Sebenarnya, ada beberapa cara simpan susu cair yang sudah dibuka untuk tahan lebih lama sehingga berbulan-bulan.
Ramai yang masih lagi tidak tahu cara ini dan hanya membiarkan susu cair tersebut basi di dalam peti ais. Jadi, kalau nak tahu ‘rahsianya’ kena baca artikel ini sampai habis.
1. Guna bekas kedap udara
Selepas menggunakannya, lebihan susu perlu disimpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan bekas tersebut diletakkan di bahagian belakang peti ais untuk lebih sejuk.
2. Bekukan susu
Cara simpan susu cair yang sudah dibuka adalah dengan membekukannya. Cara ini lebih mudah di mana anda hanya perlu menuang lebihan susu ke dalam bekas kiub ais.
Biarkan beku dan boleh cairkannya mengikut keperluan ketika hendak menggunakannya. Mudah kan?
3. Simpan di suhu bilik
Sekiranya susu belum dibuka, simpan di suhu bilik adalah pilihan paling tepat. Ini kerana sekiranya tin terdedah kepada air, ia akan menyebabkan karat dan susu cepat rosak.
Dengan mempraktikkan tips di atas, susu cair anda pasti dapat bertahan berbulan-bulan dan juga lebih menjimatkan. Selamat mencuba.
Baca juga: “Dah lima tahun tak nampak’- Jabatan Perikanan akui penyu belimbing kini diancam kepupusan