Susulan dakwaan mengatakan restoran nasi ayam claypot memasukkan bahan terlarang iaitu wain beras dalam masakan, pemilik premis perniagaan di Sri Petaling tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Ahmad Muzakin, 48, tampil menjelaskan dakwaan mengenai premisnya menggunakan wain beras dalam masakan, sejak ia tular dan hangat didebatkan di media sosial beberapa hari lalu.
Dia terkilan apabila ada segelintir pihak membuat pendedahan tanpa usul periksa dan tidak berjumpa dengannya terlebih dahulu apabila terus mendakwa salah satu botol digunanya berisi bahan terlarang.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, kedua-dua botol digunakannya itu adalah minyak bijan yang biasa digunakan dalam masakan Cina, namun ia adalah bahan diyakini halal cuma kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama.
“Sumpah demi Allah SWT saya tidak menggunakan bahan terlarang seperti ditularkan netizen,” katanya.
Berapa hari lalu dia turut mendakwa premisnya juga pernah didatangi seorang pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya mengaku premis saya memang tiada sijil halal daripada Jakim, malah dua botol itu adalah minyak bijan dan apabila guna dua botol secara terus, saya akan dapat titisan minyak berganda tanpa banyak kali menuangnya cuma saya akui kilang (pengeluar minyak bijan) itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang,” katanya.
Mustahil katanya, beliau memasukkan bahan terlarang dalam botol minyak bijan itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi.
“Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal,” katanya ketika ditemui Harian Metro di premisnya, di sini, hari ini. \
Meskipun sedih dan terkilan dituduh oleh segelintir pihak, Ahmad Muzakin tetap memaafkan mereka dengan menganggap setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan termasuklah dirinya.
Tambah Ahmad Muzakin, mereka kini sedang mengikuti kursus bagi membuat permohonan sijil halal kepada Jakim pada Khamis ini selain menyatakan mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Dia turut tidak malu mengaku berketerunan dari Indonesia, manakala isterinya berasal dari Surabaya.
βMacam-macam orang cakap tentang kami hingga mengaitkan asal usul kami. Saya orang Malaysia dan pemegang kad pengenalan biru tetapi saya tidak malu mengaku keturunan saya dari Indonesia dan isteri pula memang asal Surabaya.
βSaya tidak marah dan bersedia menjawab semua soalan pelanggan kerana saya ikhlas berniaga dan bertanggungjawab dengan perniagaan saya. Apa saja pelanggan mahu kepastian boleh tanya saya terus dan saya akan jawab jujur,β katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan sebuah premis diusahakan suami isteri Muslim yang tular di media sosial di Sri Petaling didakwa menggunakan bahan masakan tidak halal dan meragukan masyarakat sebelum Jakim mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis itu.