‘Sweater’ motif seekor biri-biri hitam milik Puteri Diana, paling mahal telah dilelong pada harga RM5.4 juta

‘Sweater’ bermotifkan seekor biri-biri hitam milik Puteri Diana yang merupakan sweater paling mahal telah dilelong pada harga RM5.4 juta.

Baru-baru ini, sweater bermotifkan kambing biri-biri berkenaan telah dijual pada harga £920,000 (RM5,347,684) dalam satu acara lelongan.

Baju merah yang ikonik ini pernah dipakai Diana pada perlawanan polo pada Jun 1981 dan ketika itu dia baru sahaja bertunang dengan Putera Charles.

Keunikan sweater berkenaan selain ianya milik Diana adalah motif seekor biri-biri hitam yang berada di antara barisan biri-biri putih.

Baju berkenaan telah direka pada tahun 1979 oleh pereka pakaian Sally Muir dan Joanna Osborne.

Mendiang Puteri Diana semasa hayatnya sangat terkenal sebagai seorang puteri raja yang mempunyai pakaian yang cantik dan sering memberikan impak kepada sejarah fesyen, lebih-lebih lagi yang melibatkan protokol pemakaian diraja.

Bagaimanapun, pada awalnya menganggarkan baju tersebut hanya akan terjual sekitar $50,000 hingga $80,000 atau sekitar RM234 ribu ke RM374 ribu sahaja.

Pun begitu, selepas seminggu memakai baju berkenaan, Diana mendapati terdapat kerosakan kecil pada bahagian pergelangan tangan baju tersebut dan ia dipulangkan sebelum ianya digantikan dengan sweater bermotif yang sama oleh perekanya.

Menurut CNN juga, baju milik Puteri Diana tersebut mencecah harga lelongan melebihi 1 juta Pound Sterling hanya selepas 15 minit ia dilelongkan.

Dengan terjualnya sweater berkenaan dengan harga sebegitu, ia secara tak langsung telah menjadi sweater yang paling mahal pernah dilelongkan. Kalau nak diikutkan, rekod ini sebelum ini ‘dipegang’ oleh sepasang cardigan milik vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Kobain.

Baca juga: “Lain macam betul dia punya pisau roti!” – Netizen ‘tersembur’ tengok Hanis Zalikha potong roti