Sweet Qismina dan Adam rancang kahwin tahun depan. Pasangan ini mengikat tali pertunangan selepas tiga tahun bercinta.
Adam memaklumkan tema baju raya dia dan Sweet berbeza tahun ini, dia akan pastikan tahun depan tema warna sama dengan bakal isterinya.
“Tahun ini, warna baju raya saya dan Sweet tak sama, tapi tahun depan, Insya-Allah sama,” kata pelakon, Adam Lee.
Menurut Harian Metro, Adam dan Sweet kini sedang mula merangka untuk majlis perkahwinan mereka.
“Ya, kami dah buat keputusan, Insya-Allah, tahun depan ia akan berlangsung, cuma tarikhnya belum diumumkan. Nak bina rumah, kena bina tapak dulu dan kemudian fasa demi fasa,” katanya.
Sementara itu, Sweet memaklumkan, mereka akan berhati-hati dalam mengadakan majlis perkahwinan walaupun negara kini sudah melangkah ke fasa endemik.
“Mungkin kami akan pecahkan kepada beberapa majlis. Walaupun kita dah menuju ke fasa endemik, SOP (prosedur operasi standard) masih perlu dijaga.
“Kami tak mahu majlis kami menjadi punca apa-apa masalah sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Saya yakin ramai yang faham sekiranya majlis kami mengehadkan jumlah tetamu dan sebagainya. Kalau buat secara langsung di YouTube atau media sosial pun, orang akan faham juga dengan situasi sekarang,” katanya.
Adam dan Sweet mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu dan bakal berkahwin tahun depan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Baca Juga: Mawar tepis dakwaan sudah berkahwin, mengaku sedang dalam proses berkenalan
Baca Juga: Tutup gerai sebab dakwa netizen tak ‘support’, pemuda tegur siap senarai kenapa jualan tak laku