Syafiq Farhain sudah bernikah, tiada niat untuk sembunyikan perkahwinan. Syafiq menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati yang juga pengurus peribadinya.
Syafiq, 28, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut kepada umum sebaliknya akan memberitahu sekiranya ada yang bertanya.
“Benar saya sudah bernikah, namun saya tidak berniat untuk merahsiakannya. Sesiapa saja bertanya, saya pasti menjawab. Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya tidak perlu diperbesarkan.
“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Insya-Allah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai butiran lengkap perkahwinannya, dia bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci. Menurutnya, perkahwinan tersebut berlangsung semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Apa yang saya boleh katakan, memang saya sudah berkahwin semasa PKP lalu di Terengganu. Sebenarnya orang yang rapat dengan saya semua tahu cuma saya tidak menghebahkan perkara itu kepada umum. Tapi kalau ada orang tanya, saya jawablah,” jelasnya.
Terdahulu, desas desus mengenai status penyanyi itu didakwa sudah berkahwin hangat diperkatakan netizen. Tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pernikahannya itu, Syafiq berkata dia dan isterinya sudah lama berkenalan.
“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi,” katanya.
Baca Juga: Penyanyi pukul bekas isteri kerana menolak untuk bergambar bersama
Baca Juga: Ramai kata memang sama, ini 5 makanan sejuk beku yang rasanya macam McDonald’s