Syahdu! Gelagat kucing jalanan kelaparan ini makan sambil menitiskan air mata undang sebak

Dapat dilihat keadaan kucing itu yang menangis ketika sedang makan, mungkin sudah berhari-hari ia kelaparan. Sedih bila mendengar kes-kes kekejaman terhadap haiwan jalanan yang semakin menjadi-jadi.

Meskipun hukuman dikenakan, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada orang lain agar tidak menyiksa haiwan yang tidak bersalah ini.

Haiwan yang tidak bertuan pasti susah untuk mencari makanan sendiri, selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.

Seorang pengguna Facebook, Balinda Arifin telah berkongsi kisah sedih apabila beliau memberikan makanan kepada seekor kucing yang sedang kelaparan.

Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan. Ia sekaligus menyebabkan wanita ini serta suaminya menangis sama, mengenangkan nasib kucing jalanan itu.

“Allahuakbar menitik airmata bila tgk dia mkn sambil menangis.. Selalu saya bg mkn kucing kt bwh apartment tp kucing ni x prnh nmpk..

Tp td tetiba muncul Dr dlm hutan memanggil.. Nasib dia bijak saya umpan dgn wetpud srh dia panjat pagar.. Dia trs panjat.. Suami ambik trs bg mkn.. Tgh ckp2 dgn dia tgk airmata dia mengalir.. Dgn kita2 sekali menangis..”

“Ckp dkt dia mkn la syg.. Hari2 tggu dkt sini ya nnt mama bg mkn.. Sambil dia mkn keluar airmata.. Bila lap mengalir lagi.. Ambik peluk dia syg2 dia br dia ok x nangis dh.. Kecik lagi ni dlm umur 6bln jantan.. Saya panggil cikki.. Semoga dia dn semua kucing jalanan sihat dn sentiasa dilindungi”.

Hantaran wanita ini juga menjadi tular di Facebook, yang turut mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati dengan keadaan kucing berkenaan. Dikesempatan ini, orang ramai diingatkan agar tidak berlaku kejam terhadap hidupan, termasuklah haiwan dan alam sekitar.

Baca juga: “Aku menyesal tak menghargai isteri, aku curang hanya kerana bau badan dia, rupanya dia sorok penyakit dari pengetahuan aku”