Walaupun dengan niat ingin menambah pendapatan dengan menjual makanan TikToker ini diuji apabila terdapat rambut dalam laksa yang dimasak bukan sekali bahkan dua kali.
Gumpalan rambut itu tetap ada dalam rebusan kali kedua sehingga dia putus asa untuk meneruskan proses memasak.
Pada awalnya dia merasakan mungkin ada kesilapan dari mereka, namun selepas rebusan kedua, masih ada gumpalan rambut panjang di dalam periuk sewaktu laksa ditapis.
Menerusi perkongsian akaun TikTok Prince Syed Fatin Jaeden Haifa dia kelihatan putus asa dan tidak mahu merebusnya kembali.
“Ya Allah, wife menangis jadinya. Takper, bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife.
“Dah lah tak rehat sebab semalam event seharian, harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kita orang,” katanya.
Syed dan isteri akui sangat kecewa dengan apa yang berlaku serta tidak tolak kemungkinan bahawa ia adalah angkara dengki sesetengah pihak.
“Maafkan kami, kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak. Alih2 tengok ni jadinya.
“2 kali rebus tetap sama. Mimpi ke apa ni. Tqqqq kepada yang buat kami camni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan pernah berdepan perkara sama lebih-lebih lagi jika berniaga makanan.
Ada juga yang memberikan petua kepada usahawan tersebut dan turut mendoakan supaya urusan mereka dipermudah kerana ujian yang diberikan oleh Allah ini salah satu cara untuk mereka terus bersabar.
Walau bagaimanapun, kesahihan sama ada wujud unsur dengki atau sebagainya tidak dijelaskan secara terperinci oleh pemilik akaun TikTok berkenaan.
Mereka dilihat mengambil pendekataan dengan meneruskan kehiduapan dan menyelesaikan urusan-urusan kerja yang lain agar tidak terbawa dengan perasaan sedih.
Baca juga: Nasi putih kosong di Kelantan dijual sebungkus RM4, “mentang-mentang harga beras naik..”