Syak isteri curang, lelaki warga emas penggal kepala isteri. Lelaki dari Odisha, India itu dikatakan berjalan ke balai polis sambil memegang kepala isterinya untuk menyerah diri.
Nakaphodi Majhi dari Dhenkanal dikatakan bertengkar dengan isteri pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan. Dia dikatakan marah kerana mengesyaki isteri bermain kayu tiga di belakangya.
Akibat kemarahan yang melampau, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak memenggal kepala isterinta menggunakan sebilah parang lapor Banten Raya.
Walau bagaimanapun, pada keesokan paginya, lelaki itu dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gandia untuk menyerah diri atas perbuatannya sambil memegang kepala wanita berkenaan.
Ditangkap penduduk kampung sebelum sempat serah diri
Terkejut tindakan warga emas itu, penduduk kampung kemudiannya bertindak menangkap Nakaphodi sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah membuka kerta siasatan berhubung kes berkenaan.
Hasil pemeriksaan awal menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.
Baca Juga: Muka macam kanak-kanak, lelaki 27 tahun anggap ia sumpahan
Baca Juga: Daun pandan pun tak kenal, remaja zaman Mobile Legends ini jadi bahan ketawa rakan