Influencer Syamimia menjadi bualan ramai apabila mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersifat neutral namun Ahmad Iqbal Zulkefli memberi nasihat bahawa lebih baik dia diam.
Katanya, jangan berlawan dengan netizen kita tak akan menang dan Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar netizen.
Saya tengok Syamimia ni baik saja orangnya. Ramai sahaja artis atau pempengaruh tidak sebarkan berita Palestin.
Netizen sebenarnya boleh faham beliau tidak bermaksud menyimpan patung untuk ada agenda lain melainkan beliau hanya minat tema Inggeris.
Cuma satu sahaja, cara Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar netizen. Netizen ini sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila berjumpa di luar mereka juga sumber kekuatan kita.
Itu biasa jangan ambil serius sangat. Jangan berlawan dengan netizen kita tidak akan menang. Kita perlukan mereka.
Sebolehnya elak sebutkan “bila orang lain berjudi, minum arak, korang tutup sebelah mata”. Netizen bukan tutup mata cuma sebab ia dilakukan tanpa pengetahuan netizen.
Saya kasihan pada Syamimia. Saya takut nanti awak jadi tertekan. Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan ada nilai komersial tersendiri.
Kualiti, bakat dan followers di media sosial sahaja tidak cukup. Komunikasi atau permainan dengan netizen perlu ada skil lain.
Saya menulis ini sebab mahu lihat awak terus maju dan diterima banyak tempat. Semoga terus berjaya ya.
Terbaru, Syamimia berkongsi luahan hatinya dalam sebuah sesi live menerusi TikTok dan memberitahu dia sangat sedih dengan tindakan netizen yang hanya mengingati satu keburukan yang dilakukannya walhal dia banyak berkongsi tips lifestyle lain.
“Bila orang tu berjudi, bila orang tu pernah minum arak ke apa, korang tutup mata sebab dia pernah post pasal Palestin.
Bila saya share tentang kebersihan rumah, rumah kebersihan hati, cara nak bersahabat dengan suami, cara nak mendidik anak tapi satu je salah saya, saya tak post pasal Palestin.
Takde pulak korang war-warkan benda elok, adakah saya berjudi? Adakah saya minum arak?,” katanya.