Pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam.
Perkahwinan yang hanya bertahan selama dua tahun itu ternyata mengejutkan ramai apabila pengarah tersebut yang sebelum ini bermati-matian mempertahankan rumah tangganya bersama anak Kazar Saisi itu menemui titik noktah.
Namun apa yang mengejutkan, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah yang selama ini mendiamkan diri ternyata mula memberi komen isu rumahtangga anak sulungnya itu.
Melalui perkongsian di laman sosial instagramnya, Datin Patimah berkongsi kata-kata puitis tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
” I gave birth to you, i loved you first, i love you still, i always have and always will- Your momma.”
Untuk info, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand ditemani bapa Ira iaitu Kazar Saisi.
Rentetan dari perkara yang berlaku, isteri pertama iaitu Puteri Sarah memfailkan penceraian dan berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu manakala Datin Patimah pula tidak merestui hubungan anaknya bersama Ira Kazar.
Baca juga: Doktor bidas teori minum air kosong boleh ‘cuci’ air manis dalam badan, rupanya ramai percaya