Syarikat cari jururasa kaki ayam, tawar gaji hingga RM13,000

Sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai setelah memasarkan iklan mencari pengecap kaki ayam melalui media sosial, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Syarikat tersebut berhasrat untuk mencari pekerja yang akan bertanggungjawab merasai pelbagai perisa hidangan kaki ayam, dengan menawarkan gaji yang cukup lumayan.

Individu yang dipilih dikehendaki untuk menyantap hidangan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari, dengan bayaran diantara antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).

Tiada had umur atau syarat jantina yang ditetapkan, namun calon dikehendaki mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dalam merasai hidangan kaki ayam dan pelbagai hidangan lain.

Wu, seorang pegawai Sumber Manusia dalam syarikat tersebut telah mengesahkan iklan jawatan tersebut.

Setakat ini, mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan kini sedang menyusun senarai pendek bagi empat calon terakhir.

Wu menyatakan bahawa calon yang dipilih dikehendaki memberikan cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna serta menyumbangkan idea dalam penambahbaikan dan pembangunan produk pada masa depan.

Baca juga: Rupanya banyak kegunaan kotak telur, siap boleh hilangkan bau tong sampah lagi…lepasni janji tak buang dah!