Syarikat Singapura tawar gaji RM17,666 untuk pemandu bas, 450 warga tempatan selebihnya dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.
Syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu.
Bahkan permohnan itu sehingga semalam telah menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.
Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.
Baca juga: Cuba perhatikan semakin tinggi nilai Lira semakin tersenyum wajah Kemal Ataturk