Tabik, malim gunung kerana berjaya bawa turun wanita 84 kilogram ke bawah yang hairanya malim gunung itu kelihatan bersahaja memikul wanita berkenaan.
Wanita berkenaan dikatakan tewas sebelum sampai puncak di Gunung Kinabalu yang pastinya gunung itu menjadi antara gunung impian setiap kaki pendaki.
Berketinggian 4,095 meter serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental dalam menempuh keadaaan sukar mendaki puncak ini sememangnya tidak sesuai buat orang ramai.
Terbaharu, sebuah insiden terpencil telah berlaku di Gunung Kinabalu apabila seorang wanita yang berusaha untuk mencabar dirinya gagal untuk terus mendaki Gunung Kinabalu.
Menerusi perkongsian TikTok @joetanggaron, difahamkan wanita yang mempunyai berat badan 84 kilogram ini tidak lagi bermaya untuk terus naik ke puncak mahupun turun daripada Gunung Kinabalu.
Hal ini membuatkan malim Gunung terpaksa bertindak untuk menurunkan wanita ini secara dukung di belakang serta mengikat tali untuk membawanya dengan lebih kemas tanpa jatuh.
Buat para malim, membawa barangan pendaki yang berat untuk mendaki atau menurun gunung yang tinggi ini sudah menjadi kebiasaan. Secara kebiasaannya, caj dan upah yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah berat barangan yang ditanggung.
Kes terpencil yang berlaku serta dirakam dan dikongsikan di TikTok ini telah mendapat perhatian para netizen yang rata-ratanya kagum dengan kehebatan malim Kinabalu ini. Berikut merupakan antara respon netizen terhadap isu ini.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang kagum dengan semangat wanita ini yang sanggup mencabar diri mendaki Gunung Kinabalu meskipun mempunyai berbadan besar.
Setakat ini, video yang baru sahaja dikongsikan di TikTok ini sudah berjaya meraih lebih 150,000 tontonan serta lebih 10,000 likes daripada para netizen.
Baca juga: Ceramah cerita 18SX atas pentas, orang ramai mula jijik dengan Sanusi