Bagi penggemar bahan basah seperti makanan laut, kegemaran mereka pasti udang, sotong, ikan dan pelbagai lagi.
Namun ramai yang tidak mengetahui tips mudah untuk menyimpan makanan laut supaya dapat bertahan lama hingga berbulan bulan.
Lebih lagi jika lauk simpanan tadi sudah rosak, dalam sesetengah kes, ia boleh menyebabkan kesan alergik yang mengakibatkan gatal-gatal kepada individu yang tidak tahan.
Perkongsian ini telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @pakman3590.
Menurut lelaki itu untuk melaksanakan tip ini hanya satu bahan utama yang diperlukan iaitu gula.
Tambahnya, yang pertama sekali anda perlukan hanyalah bekas yang sesuai untuk menyimpan udang segar tersebut.
Lalu, ambil gula dan taburkannya ke atas udang tadi, kemudian kacau rata hingga semua udang terkena gula.
Untuk menjalankan tip ini, anda tidak perlu mencuci atau merendam udang tersebut.
Setelah udang digaul rata, kini anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk beku.
“Udang akan sentiasa segar dan mampu tahan lebih lama seperti udang baru,” tulis lelaki itu di dalam video perkongsian tersebut.