Semalam, negara dikejutkan dengan kemenangan medal gangsa pertama Malaysia untuk sukan Olimpik Paris 2024 dari beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Kemenangan tersebut turut diraikan seluruh negara apabila duo tersebut menewaskan beregu nombor dua negara yang diakui kehebatannya iaitu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.
Meskipun bergelar nombor dua dunia, pemain dari Denmark itu kelihatan akur akan kemenangan yang diraih dengan mata 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa itu.
Umum mengetahui andai atlet dapat meraih pingat gangsa, perak mahu pun emas untuk Olimpik kali ini mereka bakal mendapat habuan daripada Majlis Sukan Negara.
Namun ada juga segelintir yang berpendapat nilai yang diberikan tidak setanding dengan kemenangan yang diraih.
Ia berikutan hadiah yang diberikan hanyalah RM100,000 yang kemudiannya akan dipecah dua kepada kedua atlet tersebut.
Ada yang turut memberikan komen mengatakan bertanding di Maharaja Lawak Mega lebih meraih keuntungan berbanding bermain di sukan antarabangsa tersebut.
Sebelum ini, KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) menyediakan insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dengan pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).
Atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.
Baca juga: Orang tua cakap nak sardin sedap kena tumis dulu, jangan lupa tambah lagi 1 bahan rahsia ini