Tahniah! Sanusi tamat pengajian PhD di London

Muhammadu Sanusi ii dikhabarkan telah menamatkan pengajian kedoktoran dalam undang-undang islam di sebuah Universiti di London.

Dia dilihat sebak apabila telah menamatkan pengajian kerana thesisnya telah diterima tanpa sebarang pembetulan.

Dapat dilihat dalam sebuah video yang tular, Sanusi disambut meriah dan diraikan oleh rakan serta ahli keluarga.

Tesisnya bertajuk Kodifikasi Undang-undang Keluarga Islam sebagai Instrumen Pembaharuan Sosial: Kajian Kes Emirat Kano dan Perbandingan dengan Kerajaan Maghribi.

Sebelum ini, Sanusi pernah digulingkan oleh Gabenor kano iaitu Abdullahi Ganduje pada tahun 2020.

Namun, beliau diberikan biasiswa supaya dapat melanjutkan pelajaran di Pusat Pengajian Afrika Universiti Oxford meskipun sebelum ini menjadi Raja atau Emir.

Sanusi, yang pada tahun 1981 memperoleh ijazah dalam bidang Ekonomi, boleh dikatakan salah seorang warga Nigeria yang paling berpendidikan yang pernah menjadi raja di negara itu.

Baca juga: Aplikasi Tiktok bakal diharamkan