Tajam betul mata netizen ‘dart’ pun disangka payudara yang dipakai oleh Siti Adira Suhaimi ketika persembahan di Family Duo yang barlangsung baru-baru ini.
Dengan mengenakan busana berona kelabu menjadi perhatian wargamaya ketika melakukan persembahan di minggu kelima Famili Duo 2023 (FD3).
Tampil menjelaskan perkara itu beliau, merupakan garisan jahitan yang dikenali sebagai ‘dart’ pada pakaian tersebut yang diperbuat daripada PVC.
Tapi itulah, kita pun tak sempat bagitahu yang benda ni adalah jahitan tapi nampak macam dia (puting payudara).
“Tengoklah benda lain, yang kau tengok benda tu buat apa.
“Tapi itulah benda pon dah post, dah viral nak buat macam mana kan? Kita tak boleh nak buat apa tapi saya nak jelaskan ini bukan seperti apa yang anda bayangkan ya.
“Ini merupakan garisan jahitan ‘dart’ dari baju yang fabriknya PVC,”katanya.
Adira menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui selepas tamatnya konsert minggu kelima FD3 yang diadakan di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu beliau memaklumkan bahawa sama sekali tidak sedar akan bonjolan tersebut namun tetap menerima kritikan yang dilemparkan dengan hati terbuka.
“Sebenarnya bila kita pakai baju ni, orang yang tahu, dia akan tahu yang kita pakai ni adalah kain fabrik PVC.
“Tetapi saya anggap semua kritikan yang diberikan itu merupakan satu perkara yang baik sebabnya kalau mereka tak komen mengenai apa yang saya pakai ni pun saya tak tahu.
“Jadi minggu depan, insya-Allah tak akan ada lagi dan saya akan buat korang semua (netizen) menangis pula,”katanya.
Bertemakan ‘Lagenda dan Idola’ pasangan adik beradik itu memperoleh jumlah markah sebanyak ‘14’ dari kedua juri selepas membawakan lagu nyanyian asal Zaiton Sameon dan Allahyarhamah Siti Sarah yang berjudul ‘Menaruh Harapan’ dan ‘Jangan Kau Mimpi’.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.