Tajuddin hanya dikompaun RM1,500 tak pakai pelitup muka semasa sidang media

Tajuddin hanya dikompaun RM1,500 tak pakai pelitup muka semasa sidang media

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika sidang media mengenai kemalangan dua tren LRT pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, bekas pengerusi Prasarana Malaysia Berhad itu melakukan kesalahan itu di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tajuddin dikritik pelbagai pihak kerana memakai pelindung muka tanpa pelitup muka dan kenyataan tidak sensitif dalam sidang media 25 Mei lalu.

Satu petisyen dalam talian menggesa beliau meletak jawatan kerana ada yang menyifatkan sidang media itu sebagai “bencana” perhubungan awam.

Beliau kemudiannya dipecat daripada jawatan pengerusi Prasarana itu keesokannya.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/09/tajuddin-dikompaun-rm1500-tak-pakai-pelitup-muka-ketika-sidang-media/

COMMENTS