Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) yang baru.
Lantikan Ahli Parlimen Pasir Salak dari UMNO itu menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Manakala Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali pula dilantik Timbalan Pengerusi Backbenchers.
Memetik Utusan, jawatan Setiausaha Backbenchers pula diisi oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Fasiah Fakeh.
sumber : https://suara.tv/15/09/2021/tajuddin-kini-pengerusi-backbenchers-ganti-shahidan/