Tak ada idea nak minum apa untuk berbuka, boleh cuba buat Air Ribena Lemonade. Pastinya sedap dan tak kering tekak bila berbuka puasa nanti.
Kita selalunya mesti nak cuba resipi baru bila tiba bulan puasa. Kalau biasa lauk sahaja berubah kalini boleh la cuba kelainan dengan minuman pula.
Kalau mengunjung ke bazar kita akan dapat lihat pelbagai jenis air yang dijual. Ada juga yang jual hampir 50 perisa air namun tak mungkin kita akan setiap hari pergi ke bazar semata-mata untuk beli air sahaja.
Jadi boleh cuba untuk buat air Ribena Lemonade, mudah dan sangat lazat untuk dijadikan juadah minuman untuk berbuka puasa tahun ini. Ini adalah resipi yang dikongsi Diyanah Rodzi via MAHN.
Resepi Air Ribena Lemonade yang lazat!
Bahan-bahan:
- Ais
- Buah laici
- Air Sprite
- Air Ribena
- 1 biji lemon
Cara Penyediaan:
- Masukkan ketulan ais ke dalam gelas.
- Letakkan beberapa biji laici.
- Tuangkan air Sprite dan sedikit air Ribena sebagai penyeri warna.
- Perahkan sedikit jus lemon dan letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam air.
- Sedia untuk dihidangkan.
Anda juga boleh menambah ikut citarasa anda seperti daun pudina atau boleh guna ais kisar. Tetapi bila dah puasa, air yang mana pun boleh hilangkan dahaga tambah-tambah air kosong dengan ais.
Baca Juga: Terung berlado makan dengan nasi putih panas-panas, resepi ringkas je tapi sedap
Baca Juga: Jom cuba buat air milo cincau masa berbuka nanti, mesti esok ‘repeat’ lagi