Tak bayar 3 bulan gaji pemain, TMJ “screenshot” mesej dengan KM Melaka

Tak bayar 3 bulan gaji pemain, TMJ “screenshot” mesej dengan KM Melaka

3 bulan gaji pemain tak dibayar, sekali TMJ hantar whatsapp kepada Presiden Melaka United.Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Melaka United berhubung isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu sejak Oktober lalu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga Penaung Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) berkongsi satu perbualan menerusi WhatsApp bersama Presiden Melaka United, Datuk Seri Sulaiman Mohd. Ali meminta beliau agar menyelesaikan tunggakan tiga bulan secepat mungkin.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, isu gaji bukan sahaja menyukarkan pemain dan pegawai pasukan untuk meneruskan kelangsungan hidup, malah tidak bagus untuk imej skuad Hang Tuah.

“Salam Datuk, saya harap Datuk dalam keadaan sihat. Datuk pasukan Melaka tidak bayar gaji pemain sudah tiga bulan. Tak bagus untuk ‘image’ integriti pasukan Melaka dan juga kebajikan, serta ‘welfare players’. Tolong selesaikan isu ini Datuk. Terima kasih,” kata Tunku Ismail kepada Sulaiman.

Teguran itu kemudiannya disambut dengan nada positif apabila Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka berjanji akan menyelesaikan tunggakan itu.

“Wassalam Tunku. Semoga Tunku sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Insya-Allah patik akan usahakan perkara ini sebaik mungkin. Terima kasih,” balas Sulaiman.

Beberapa pemain Melaka United meluahkan kesukaran mereka, terutama menjadi buruan bank dalam media sosial gara-gara tidak menerima gaji sejak Oktober lalu.

Perkembangan terbaharu Melaka itu mengejutkan banyak pihak, terutama pasukan tersebut tampak ‘tenang’ menuju penghujung musim lalu dengan melayakkan diri sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia.

Semalam, PFAM turut mengesahkan sudah menghantar notis tuntutan kepada Melaka United agar menyelesaikan isu tunggakan gaji sebelum 19 Januari

-Mhdaily-

COMMENTS