Hubungan anatara mertua dan menantu adalah hubungan yang takkan putus sampai bila-bila meskipun pasangan tersebut telah bercerai.
Malahan, kerana itu mertua dan menantu diharamkan untuk berkahwin dalam islam kerana hubungan yang istimewa ini.
Wanita ini berkongsi kisah benar rakan sekerjanya yang berzina dengan bekas bapa mertua sehingga menggugurkan janin yang baru berumur 2 bulan.
Hi semua. Di sini aku ingin ceritakan kisah seorang yang aku kenal bernama Laila. Aku kenal Laila tahun lepas. Tempat kerja yang sama. Aku ambil dia berkerja sebab desperate nak dapatkan pekerja.
Baru beberapa minggu kerja dah banyak red flag. Dengan keluarga mentuanya melepak dekat tempat kerja sampai semak kepala aku tengok hari – hari. Aku pernah bagitau dia aku tak suka tengok. Tempat kerja bukan tempat keluarga atau kawan – kawan lepak.
Tapi hubungan Laila dengan bapak mertua dia ni pelik. Sampai staff – staff baru aku yang lain pun approach aku secara personal cakap diorang rasa ada benda pelik antara Laila dengan bapak mertua dia. Aku pesan, tak baik fikir bukan – bukan.
Sebab dalam kepala otak aku cuma satu; hubungan menantu dengan mertua takkan putus walaupun dah bercerai. Sampai m4ti tetap tak batal air sembahyang. Jadi aku husnudzon. Mungkin itu sebab mereka akrab. Staff – staff lain mulai rasa curiga sampai mereka cakap mertua si Laila ni berkelakuan macam dia suami si Laila. Padahal Laila ni dah lama bercerai dengan anak dia.
Lagi pula, anak kandung mertua Laila kerja berdekatan, kenapa tak bertenggek di sana saja? Terpaling sayang menantu kata mereka. Sampai tahap mereka semua berg4duh dekat tempat kerja. Mulut Laila ni kurang elok bagi aku. Suka mem4ki orang.
Status whatsapp tak lepas dari mem4ki semua orang yang ada masalah dengan dia. Selamba buat status ditujukan kepada rakan sekerja dengan panggilan “anjing”. Aku ada tegur dia, tapi tetap dia menegakkan benang yang basah.
Fast forward, beberapa bulan lepas tu dia mintak cuti. Aku tak approve sebab tak cukup staff. Dan dia masih dalam probation period. Kemudian dia menangis cakap dia keguguran. Aku terk3jut besar lah sebab dia kan janda, tak ada suami.
Lagi aku terk3jut bila dia cakap tu anak mertua dia. Lagi – lagi terk3jut bila aku dapat tahu dia sengaja gugurkan. Siap tunjuk janin yang dah besar tapak tangan tu dekat aku. Aku nak munt4h. Dia cakap 2 bulan. Aku cuba tanya kepada kawan aku yang kerja di hospital berdekatan.
Kawan aku cakap besar tapak tangan dan cukup sifat tu dalam 20 minggu dah. Dalam 5 bulan. Dengan cukup sifat nya. Maksudnya sebelum dia kerja dengan aku dia dah mengandung. Katanya dia jadi m4ngsa, dia tak rela pun.
Tapi nampak betapa manja dan gedik nya dia dengan bapak mertua dia tu, tak nampak macam dirogol bagi aku. Staff – staff pun tak mampu husnudzon tengok cara diorang berdua. Dia kata bapak mertua dia nak kahwin dengan dia. Mendidih d4rah aku.
Terus aku explain dekat dia H4RAM menikah mertua dengan menantu. Walaupun dah bercerai. Walaupun kau nak nikah dekat negara lain. Dalam Islam masih H4RAM. Aku husnudzhon lagi. Aku memilih untuk percaya yang dia adalah m4ngsa.
Walaupun cerita dia langsung tak logik. Sebab aku jijik untuk fikir kalau dia yang relakan. Dalam sebulan lepas tu dia tayang bf baru. “Tunang” katanya. Tak malu tak segan guna ayat ringan – ringan. Segala gigitan cinta semua tu.
Aku malas nak ambil tahu. Aku cuma pesan, jangan sampai membawa kepada z1na. Dia janji dia dah menyesal dengan apa yang berlaku dan takkan buat lagi. Aku selalu lah tengok dia video call dengan lelaki. Aku anggap tu “tunang” dia.
Kalau betul dia dah jumpa orang yang baik yang nak kahwin dengan dia, alhamdulillah lah. Tapi lepas tu aku dengar cerita kurang enak dari staff baru aku. Staff aku cakap si Laila ni masuk lori vendor roti sampai sejam baru keluar, dengan berpeluh – peluh nya. Siang hari ya. Tak malu, tak segan.
Nak husnudzon lagi? Buat apa masuk bahagian belakang lori tu dengan tutup semua, lelaki dan perempuan? Aku sabar lagi. Sabar aku hilang masa Laila bercuti, ada seorang akak datang dekat tempat kerja aku cari Laila cakap Laila ni dah berzina dengan suami dia berkali – kali. Pengakuan suami dia sendiri.
Aku memilih untuk cerita dekat akak tu benda – benda yang Laila dah buat sebelum ni dan aku merayu dekat akak tu untuk pergi hospital untuk cek STD. Aku terp4ksa cerita untuk yakinkan akak tu pergi cek sebab Laila ni bagi aku dah terlalu banyak pasangan dalam beberapa bulan sahaja.
Aku dah tak mampu husnudzhon. Aku tak ada niat nak buka aib dia dekat akak tu. Tapi aku dah tak mampu subahat lagi. Cukup la dengan rasa bersalah aku sebab simpan “aib” dia bvnvh kandungan dia dan aku tak tahu dia buang janin tu dekat mana.
Berdosa kalau dia tak kebumikan cara yang betul. Sebab janin tu dah cukup sifat. Aku tahu aku buka aib dia sebab cerita pada akak tu. Tapi aku nak akak tu buat ujian STD. Cukup lah Laila tu dah h4ncurkan rumah tangga akak tu dengan berzina dengan suami dia. Jangan tambah bala dengan peny4kit.
Tapi aku dah tak sanggup lagi bersubahat. Biar aku tanggung dosa buka aib ni. Tapi kalau berkerja dengan aku jadi asbab dia gunakan pelanggan – pelanggan macam katalog untuk dia goda lelaki, aku dah tak mampu sabar.
Buat Laila, m4ki lah aku semahunya. Aku tak kisah. Cerita lah buruk – buruk pasal aku. Fitnah lah aku merata. Aku tak kisah. Asalkan kau dah tak ada dalam circle aku lagi. Pertama kali, ya aku boleh tutup aib kau. Tapi kalau berulang kali, itu dah mengajak aku bersubahat.
Aku tak boleh ambil risiko kalau kau mengandung dan gugurkan kandungan lagi. Jaga aib dan subahat tu beda tipis saja. Buat kaum – kaum aku, tolong lah jaga maruah. Jangan murahkan harga diri dengan serah tubuh badan sewenang-wenangnya.
Tak apa kalau orang cop kita ni tak laku. Tak kurang nilai kita yang jaga harga diri di sisi Tuhan. Mungkin kau rasa hot dikelilingi lelaki dengan serahkan tubuh badan. Tapi ingat, lalat ni suka hurung najis. – Madam J (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Apa maksud ‘Pending laboratory investigation’, ada kaitan dengan mayat Nur Farah Kartini