Tak bertanggungjawab! Sampai langgar kereta orang sebab nak elak bayar tol

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Bukan sekali kita dengar kejadian membabitkan pemandu tidak bertanggungjawab yang sengaja ‘mencucuk’ kenderaan lain untuk mengelakkan membayar tol.

Terbaharu, tular satu klip video di laman Facebook yang memaparkan seorang pemandu cuba mengelak membayar tol dan mengekori rapat kenderaan di hadapannya sehingga berlaku pelanggaran.

Video tersebut dikongsikan semalam oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nizam Mokhtar, menerusi video rakaman dashcam keretanya.

Pemilik video berkenaan dilihat cuba menghalang perbuatan pemandu dibelakangnya dengan memperlahankan kenderaan namun dilanggar oleh pemandu tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Kalau tak ada duit bawa motor je lah

“Inilah sebab kenapa kerajaan nak hapuskan touch n go dan menggantikan RFID.. System RFID memang confirm dia tak boleh nk buat macam ni. Percayalah,” kata Mohd Fadzal.

“Dah dia langgar yang pergi jalan kedepan kenapa… Pasti dia lari le…. Sepatutnya berhenti yang tu juga… Biaq jem tak apa,” tulis Zaidi.

“Tak ada duit bawa motor je lah. Hidup kalau sehari tak menyusahkan hidup orang lain tak boleh kot,” tulis pengguna lain