Tak boleh terima hakikat lamaran ditolak, lelaki sembelih wanita depan Universiti Mansoura, Mesir. Insiden tragis itu dipercayai berlaku di hadapan pintu pagar pusat pengajian berkenaan.
Menurut sumber, kejadian ngeri itu sempat dirakam oleh orang ramai sebelum ianya viral di media sosial.
Memetik laporan Egypt Independent, sebelum kejadian, mangsa berusia 21 tahun dikatakan sedang berjalan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.
Namun suspek secara tiba-tiba bertindak menyerang dan menikam mangsa di hadapan pagar Fakulti Kesenian.
Orang ramai yang berada di kawasan itu cuba menghalang suspek tetapi sebaliknya yang berlaku apabila suspek nekad menyembelih leher mangsa dengan pisau.
Difahamkan, suspek kemudian berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan Menurut laporan, orang ramai dikatakan sempat membelasah suspek bertubi-tubi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Menurut saksi, suspek dikatakan ingin mengahwini mangsa tetapi lamarannya itu ditolak. Suspek yang berang dipercayai mahu membalas dendam terhadap wanita itu.
Menurut sumber, suspek juga pernah beberapa kali mengugut mahu membunuh mangsa.
Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya, dia dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital.
Baca Juga: Hasrat lihat bayi tak kesampaian, wanita trauma kepala bayi terpenggal dan tertinggal dalam rahim
Baca Juga: ‘Minyak masak diseleweng salah siapa, kenapa hukum rakyat?’ – Syahredzan