Memohon cuti ketika bekerja adalah perkara biasa. Seorang pekerja memang telah diperuntukkan cuti tertentu sepanjang bekerja.
Namun, mereka juga berhak diberi cuti jika sakit dan tidak dapat hadir ke tempat kerja dan pekerja tersebut harus memberikan sijil cuti sakit.
Memaksa pekerja bekerja walaupun dalam keadaan sakit sangatlah tidak wajar. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu tangkapan skrin yang menunjukkan mesej yang dikirim kepada pengurus tempatnya bekerja.
Mesej itu mengatakan yang dia tidak dapat hadir bekerja pada hari tersebut oleh kerana berasa tidak sihat.
Namun, jawapan daripada pengurus tersebut agak keterlaluan kerana menyifatkan wanita itu patut memberitahunya sehari awal bukannya pada waktu terakhir mulai bekerja.
Pengurus tersebut juga terus memberitahunya agar tidak lagi perlu datang bekerja. Lebih mengecewakan lagi apabila pihak HR memberitahunya bahawa gajinya akan ditolak kerana tidak datang bekerja.
Dia bertindak bertanyakan tersebut kepada pengurus tersebut namun, terus diblock sebelum menerima sebarang keputusan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan pengurus tersebut yang disifatkan terlalu beremosi dan keterlaluan.
Ada juga yang mencadangkan kepada wanita itu untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pejabat buruh.