Tak hairanlah telur dadar ni mahal RM13 rupanya telur premium, ada udang dan minyak baru

Tak hairanlah telur dadar ini mahal rupanya bermacam-macam yang diletakkan dalam telur dadar iaitu telur premium, ada udang dan minyak baru.

Ekoran daripada video viral, seorang peniaga dikecam pengguna media sosial gara-gara menjual telur dadar dengan harga tidak masuk akal iaitu RM13.

Melalui perkongsian peniaga wanita yang dikenali sebagai @daniasedek di akaun TikToknya, dia menjelaskan bahawa terdapat banyak kos bahan mentah lain yang membuatkan harga telur dadar tersebut perlu dinaikkan dari RM8 ke RM13.

Dakwanya lagi, dia menggunakan sebanyak tiga biji telur jenis gred A dan minyak baharu setiap kali menggoreng telur dadar tersebut.

Bukan itu sahaja, jelas peniaga itu, dia meletakkan harga sedemikian sesuai dengan pelbagai bahan sampingan di dalam telur dadar tersebut seperti sos ikan premium, taugeh, cili, dan lain-lain.

“Insya-Allah lepas saya dah kira semua kos dan timbang semua perkara, ini adalah harga terbaik untuk kepuasan pelanggan.

“Bagi yang suka dengan Omellete (telur dadar) istimewa, pasti akan menyukai dan berpuas hati. Jangan tengok harga, tapi tengok apa yang diletakkan dalam telur dadar itu,” tulis peniaga itu di ruangan kapsyen.

@daniasedek

Replying to @anak zayn malik Alamak , Yeaka? Okay lah … Dania tambah 7 Ekor Udang laut siap kopek & buang tahi . Harga kekal sama RM13. Awak nak beli ? 🥹🥲

♬ original sound – Ehh Ayienn – Ehh Ayienn

Sehingga kini videonya mendapat 1.3 juta tontonan, 41,200 tanda suka dan 4,469 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang marah dan mempersoalkan peniaga tersebut menjual telur dadar dengan harga yang keterlaluan.

“Jangan biasakan peniaga letak harga makanan tidak masuk akal. Lagi-lagi mereka yang terkenal di TikTok. Makin korang sokong, makin menjadi-jadi,” komen Mija.

“Untuk RM13 saya boleh dapat sepinggan nasi dengan tomyam campur dan air teh ‘o’ ais. Tambah RM2 untuk telur dadar yang gebu. Ini mahal sangat harga untuk telur dadar sahaja,” komen Najihah.

“Kita sebagai pembeli boleh nilai, kalau rasa berbaloi bayar, kalau tak, jangan beli.. Kita tak akan boleh ubah fikiran penjual untuk letakkan murah,” komen seorang pengguna lain pula.

Baca juga: Cincin dibeli dengan harga RM47 di pasar karat, wanita ini ‘terkejut beruk’ sebenarnya bernilai RM3 juta