Meskipun telah meninggal dunia, pengaruh vokalis legenda Freddie Mercury tetap kuat, terutama ketika 1,406 barang peribadi miliknya dijual dengan tanda harga yang sangat tinggi.
Berdasarkan laporan dari Barrons, salah satu barang peribadi yang menarik perhatian ramai adalah Sikat Misai Tiffany yang dijual dengan harga RM878,000 (£152,000).
Difahamkan, sikat berwarna perak berpanjang 2.75 inci itu dijual pada harga RM3,400 (£600) semasa pra-jualan. Namun, harganya melonjak secara signifikan pada pertengahan Ogos lalu, mencapai hampir RM138,756 (£24,000).
Perkara itu dimaklumkan oleh pengelola barangan Freddie Mercury, Sotheby’s di laman web.
“Barangan ini mengembalikan memori antara muzik, fesyen dan perhiasan,” katanya.
Pakar dari Sotheby, Gabriel Heaton, menyatakan bahawa dalam enam bidaan yang dibuat, setiap barang terjual dengan melebihi 98 peratus daripada anggaran harga pra penjualan.
Selain itu, jualan atas talian sahaja berjaya mengumpulkan lebih daripada RM40 juta (£7 juta), dengan lebih daripada 41,800 bidaan telah dibuat sepanjang jualan ini berlangsung.
“Kami menghabiskan waktu sekitar beberapa minggu hingga bulan dalam pameran itu. Sudah tentu banyak kejutan yang tidak masuk akal akan dipamerkan oleh orang ramai pada kami.
“Kami sudah menjangkakan namun tidak mengetahui berapa banyak. Tetapi sepanjang bidaan tersebut, kami sangat kagum dengan cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka,” katanya,
Difahamkan, kebanyakan koleksi barang-barang milik bintang rock itu telah dijual kepada bekas tunangnya, Mary Austin, dan juga rakan-rakan terdekatnya.
Sebagai catatan, pelantun lagu “Bohemian Rhapsody” tersebut meninggal dunia pada November 1991 pada usia 45 tahun.
Baca juga: Mulut anak kena tekup dalam gambar nikah, bekas isteri Fizi Ali beri ‘amaran keras’