Tak mudah lalui, wanita kongsi tips beri sokongan kepada mereka yang alami gangguan mental

Bukan mudah untuk kita berhadapan apatah lagi hidup bersama dengan orang yang mengalami gangguan mental. Penyakit ini masih lagi disalah erti dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap mereka yang mengalami gangguan mental sebagai gila dan kurang waras.

Sebenarnya, penyakit ini boleh dianggap sebagai derita dalam senyap yang sukar untuk kita fahami namun kita boleh bantu mereka untuk sembuh dan kembali normal seperti manusia biasa.

Acap kali diminta nasihat oleh orang ramai, wanita yang dikenali sebagai Nur Jehaada Ibrahim menerusi Twitter berkongsi bebenang tips bagaimana orang ramai bole memberikan sokongan kepada pasangan atau orang terdekat yang sedang bertarung dengan masalah mental.

Difahamkan wanita berkenaan telah 4 tahun berkahwin dengan lelaki penghidap Schizophernia dan kecelaruan emosi (pesakit yang stabil).

1) Tanya Mereka

Setiap orang pasti ada cara yang lain untuk mereka meminta bantuan atau dibantu. Tapi ada masanya orang mengalami ganguan mental ini tidak tahu pertolongan apa yang mereka perlukan. Jadi di sini anda bertanggungjawab dalam mencari jalan penyelesaian bersama.

Antara yang boleh dilakukan ialah cari kumpulan sokongan, forum penyakit mental yang mereka boleh sertai.
Dari kumpulan sokongan, kita boleh berkongsi cara membantu mereka dan juga mendengar pengalaman pesakit lain dalam cara mereka mengatasi masalah tersebut.

2) Pengetahuan adalah sangat penting

Semakin banyak yang kita belajar, semkain senang untuk kita berfikir dengan lebih pantas dan lebih cepat kita boleh mebantu mereka ketika diperlukan.

3) Tetapkan jangkaan anda, pastikan anda tahu kedudukan anda dalam pertarungan ini.

Dalam hal ini mestilah mudah untuk kita turut terjebak dalam rasa empati dan mengalami keletihan belas kasihan, jadi anda perlulah tahu had anda sebagai penjaga mereka kerana diri anda juga penting.

Pemilik Twitter tersebut juga berkongsi pengalaman ketika dia menggunakan saki baki wang simpanannya hanya untuk membelikan barang Doraemon untuk pasangannya yang ketika itu tak dapat mengawal diri dari perasaan ingin membunuh diri.

Kegembiraan itu hanya bertahan selama satu jam sebebelum pasangannya kembali ditarik ke alam kegelapan.

Namun, wanita tersebut tetap cekal dan meletakkan had sebagai penjaga.

“Mood dia bukanlah tak beri kesan kepada saya, amat memberi kesan. Namun saya belajar untuk mengawal emosi dalam masa yang sama memberi galakkan kepada pasangan saya,” ciapnya.

Selain daripda tips di atas, wanita berkenaan turut menekankan bahawa sakit mental ataupun tidak, mana-mana pasangan tidak kiralah kawan, keluarga atau suami isteri akan tetap memerlukan usaha daripada semua orang untuk memastikan hubungan itu berjaya.