‘Tak pandai cakap BI je, member lain pandai goreng terus dapat kerja’-Lelaki ini kecewa sampai sekarang tak dapat kerja

Tidak boleh menguasai Bahasa Inggeris (BI) menjadi punca kepada lepasan degree sukar mendapat perkerjaan hatta dengan kepujian sekali pun.

Pelajar kejuruteraan dari Malaysia yang lulus dengan kepujian kelas pertama mengeluh bertapa sukarnya untuk mendapatkan perkerjaan.

Melalui perkongsiannya di laman media sosial, dia meluahkan kekecewaannya kerana kebanyakan majikan kemahiran komunikasi berbanding pengetahuan teknikal.

Tambahnya lagi, dia merasa tidak adil kerana rakannya yang tidak mempunyai kemahiran teknikal yang sama mempunyai peluang yang besar dan senang mendapat kerja disebabkan kemahiran komunikasi.

Beberapa netizen menyatakan rasa simpati mereka, menyedari kesukaran yang dihadapi oleh individu yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, ramai yang menekankan bahawa pentingnya kemahiran komunikasi kerana dunia pekerjaan sekarang bukan sahaja mementing kemahiran teknikal.

Difahamkan, melalui kajian oleh JobStreet.com, ia mendedahkan bahawa 60% majikan di Malaysia mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris sebagai faktor utama dalam keputusan pengambilan pekerja.

Baca juga: Akui diri sudah tewas, Mawar Rashid umum ‘free hair’