Tak pasal-pasal tuan kena pecahkan pagar batu tu akibat kepala lembu tersangkut

Tidak pasal-pasal tuan punya terpaksa pecahkan pagar batu akibatnya kepala lembu tersangkut dan tidak boleh mengeluaran kepalanya sendiri.

Ekoran videonya tersebar di media sosial, seekor lembu telah mendapat perhatian netizen apabila kelihatan kepala lembut itu telah tersangkut pada pagar batu.

Bagi melepaskan lembu yang tersangkut itu, tuan kepada lembu itu bertindak untuk memecahkan pagar batu dengan mengetuknya menggunakan penukul.

Tindakan tuan lembu itu telah mendapat pujian netizen. Korang boleh tengok video @aboybetta_n9 kat bawah ni.

Rata-rata netizen memuji tindakan tuan lembu yang sanggup memecahkan pagar batu itu. Namun, tak kurang juga yang terhibur dengan perangai lembu itu yang kepalanya tersangkut.

Yang ini masih menjadi tanda tanya. Macam mana kepala lembu tu boleh sangkut antara pagar batu tu. Sebenarnya kalau boleh masuk, mesti boleh keluar kan? Ada-ada je perangai lembu ni.

Itulah kan, tak pasal-pasal kena pecahkan pagar batu tu. Tapi kalau tak pecahkan susah gak lembu tu nak keluar. Takkan nak sembelih dia kat situ pulak.

Min pun tergelak tengok muka lembu tu. Dah buat salah, lepas tu buat muka tak bersalah pulak. Geram pun ada.

Mungkin lembu ni terpengaruh dengan Oyen yang ada dekat kandang dia kot. Sebab tu buat perangai macam Oyen, suka buat hal.

Baca juga: ‘Jangan undi Nik Amar kali ini biar dia rasa dia kalah, dia naik pun kerana orang’- Nik Abduh tidak dicalonkan