Sebuah kedai kopi di China menarik perhatian ramai dengan cuba membuat menu baru iaitu mencampurkan cili goreng dan serbuk lada ke dalam minuman mereka.
Sebuah klip video memperlihatkan seorang pekerja kedai Jiangshi Coffee menabur hirisan lada ke dalam secawan kopi latte sebelum menuang serbuk lada pedas dan menyajikannya kepada pelanggan.
Kopi yang berharga kira-kira 20 yuan (RM13.40) itu dikenali sebagai Jiangxi Spicy Latte.
“Saya pikir ia sangat pedas. Sebaliknya, rasanya sedap. Kopi ini tidaklah sepelik yang disangka orang,” kata seorang pekerja di kedai tersebut.
Malahan, pekerja juga menyatakan menerima pelbagai komen positif tentang produk baharu mereka itu.
“Ia kreatif. Tetapi saya tidak berani mencubanya kerana bimbang ia boleh mengganggu perut saya,” kata seorang netizen.
Baca juga: Kecoh dakwaan Marissa kahwin lari di Thailand, ibu bapa kunci mulut tapi bapa tiri pula bagi ‘hint’