Tak percaya bukan! Tudung periuk di dapur tu boleh cuci sofa yang kotor akibat daripada anak yang bermain di sofa lalu tertumpah air minuman.
Bertambah geram apabila kotoran tersebut susah ditanggal. Malang tidak berbau! Bahkan bukan senang untuk menghilangkan kesan tompokan tumpahan.
Melalui satu perkongsian oleh Arya cahya Oktavia, dia mendedahkan cara mudah untuk membersihkan sofa.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Besen atau sebarang bekas untuk mengisi air
2) Dua hingga tiga cawan air panas
3) Sabun pencuci pinggan cecair
4) Pelembut pakaian (softener)
5) Tuala microfiber saiz kecil
6) Penutup periuk yang mempunyai pemegang
Langkah pertama untuk membersihkan sofa.
Cara membersihkan sofa:
1) Hamparkan tuala dan letakkan penutup periuk di atasnya, ikat ketat pada pemegang penutup periuk seakan membunjut.
2) Kemudian tuangkan kira-kira empat sudu besar cecair sabun pencuci pinggan serta pelembut pakaian ke dalam besen.
3) Masukkan air panas dan kacau campuran sehingga sebati.
4) Rendamkan penutup periuk yang sudah dibalut dengan tuala ke dalam bancuhan cucian.
Penyediaan bahan cucian.
5) Genggam pemegang penutup periuk dan gosok tuala pada permukaan sofa yang kotor.
6) Anda boleh ulangi langkah membasahkan tuala dan gosok pada permukaan sofa sehingga kotoran hilang atau memudar.
Proses membersihkan sofa.
7) Selepas selesai, biarkan sofa mengering di bawah kipas.
8) Selepas kering, sofa anda akan menjadi bersih seperti baharu.
Baca juga: Kulit pisang yang berbintik hitam jangan dibuang, banyak manfaatnya