“Tak perlu ada anak di usia lanjut” -Sabri dan Angeline Tan berkahwin hanya untuk berteman

Sabri Yunus dan Angeline Tan tidak pernah terfikir bahawa mereka berdua akan menerima cahaya mata apatah lagi hanya mahu hidup dengan tenang tanpa memikirkan soal anak.

Pelakon itu menjelaskan mereka berdua tidak menaruh hasrat untuk memiliki zuriat pada usia lanjut dan selesa tanpa perlu lagi terbeban dengan membesarkan anak.

Di usia 62 tahun manakala isterinya sudah berusia 56 tahun amat tidak wajar lagi untuk mereka menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.

“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 14 Oktober lepas di Perlis dan bergelar suami isteri selepas tiga tahun menaruh perasaan antara satu sama lain.

Mendengar alasan yang diberikan oleh Sabri, Angeline juga bersetuju selain itu, memaklumkan tidak ada keperluan untuk memiliki zuriat pada usia lanjut.

“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.

“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” kongsinya dalam Utusan.

Baca juga: Azhar Sulaiman ‘backup’ Leona letak gambar seksi di IG, “dia dah jejak kaki di Palestin..”