Tak perlu beli yang baru, papan pemotong hitam legam kembali putih melepak. Guna 3 bahan je

Tak perlu beli yang baru rupanya papan pemotong yang hitam legam boleh kembali putih melepak hanya menggunakan 3 bahan saja.

Walaupun papan pemotong yang sudah hitam dan berdaki berasa sayang nak buang walaupun harganya murah saja jika beli yang baru.

Papan pemotong ini sering digunakan untuk memotong apa saja seperti lauk mentah, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Lama kelamaan, pasti ia akan menjadi calar-balar, berdaki dan berkulat.

Ini caranya;

Bahan-bahan:

Limau nipis
Baking soda
Cuka

Cara-cara:

  1. Belah limau nipis kepada dua bahagian.
  2. Kemudian, taburkan baking soda ke atas permukaan papan pemotong.
  3. Gosok papan pemotong menggunakan limau nipis yang sudah dipotong tadi. Biarkan seketika selama 10 minit.
  4. Selepas itu, ambil potongan limau yang baru dan sambung gosok pada permukaan papan pemotong.
  5. Seterusnya tuangkan cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran pada papan pemotong hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental supaya kotoran cepat hilang.
  6. Bilas sehingga bersih. Hasilnya papan pemotong akan kelihatan bersih dan seakan baru dibeli.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak sangka Irfan Fendi menjalin hubungan cinta dengan ratu cantik Thailand, gambar dipadam