“Tak perlu jadi Muslim untuk sokong Palestin. Awak cuma perlu menjadi manusia”-Guru India hasil kolam istimewa buat Palestin

Guru India telah menghasilkkan kolam khas buat Palastin sebagai tanda sokongan pada rakyay negara itu yang kini ditindas oleh puak-puak zionis Israel.

Kini, sudah lebih sebulan rakyat Palestin mengalami penderitaan disebabkan serangan kejam serta jenayah yang dilakukan tentera Zionis.

Sejurus itu, ia membuka mata ramai orang tak kira bangsa atau asal usul untuk menyokong pihak yang benar iaitu Palestin.

Baru-baru ini, satu video viral di TikTok mengenai seorang guru berbangsa India sedang membuat sebuah ‘kolam’ istimewa sebagai tanda sokongan pada Palestin.

Dalam video tersebut, guru itu telah menggunakan beras pelbagai warna sebagai bahan untuk membuat kolam cantik yang merupakan sebuah tradisi masyarakat India.

Dengan itu, dia menunjukkan kegigihannya untuk melukis bendera Malaysia dan Palestin sambil menyatakan satu mesej iaitu, Pray for Palestine.

Bukan itu saja, dia juga ada melukis sebuah kubah yang menyerupai kubah Masjid Al-Aqsa di Palestin.

Video berdurasi hampir seminit itu telah meraih jumlah tontonan lebih 2.7 juta sejak tiga hari ia ditayangkan di platform TikTok. Pada masa yang sama, ramai netizen turut memuji sikap guru ini yang tetap menyokong Palestin walaupun berbeza agama dan bangsa.

“Awak tak perlu jadi Muslim untuk sokong Palestin. Awak cuma perlu menjadi manusia!”

“Cantik! Terima kasih atas kebaikan dan sifat kemanusiaan awak demi sokong Palestin.”

“Seronoknya dan sebak. Bukan kata isu agama tapi nilai kemanusiaan yang ada dalam hati.”

Selain itu, ada juga netizen yang memuji kecantikan seni yang dibuat ini serta berterima kasih kepada guru itu atas solidaritinya terhadap Palestin.

Tidak dilupakan juga, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengucapakan ‘Happy Deepavali’ yang bakal disambut penganut agama Hindu tak lama lagi.

Baca juga: Seorang wanita Juruteknik Akses Tali kongsi kisah ngeri hampir di sambar kilat di puncak menara KLCC