Memasak saja perlu ada serbuk perasa selalunya kita mesti letak ajinomoto, kali ini tidak perlu lagi kerana ada bahan pengganti kepada serbuk perasa.
Perasa ini kalau kita masukkan dalam masakan kita gerenti sedap hanya perlu 3 bahan saja. 3 bahan saje tak percayalah.
Tapi dalam masa yang sama risau juga dengan penggunaan bahan kimia atau MSG.
Sekiranya mahu amalkan pemakanan lebih sihat tapi dalam masa yang sama mengekalkan rasa sedap makanan mungkin boleh tukar penggunaan dari serbuk perasa kepada mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.
Paling menarik mushroom seasoning ini boleh kita buat sendiri. Lagi sihat kerana ia rendah kalori dan mengandungi antioksidan yang tinggi daripada cendawan.
Bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nawal Yasmin Mat Noh.
Bahan-bahan
100g cendawan kering/ dried shitake mushroom
50g garam
50g gula
Cara membuat:
- Basuh cendawan dan keringkan. Lap dengan kain atau tisu dapur.
- Masukkan dalam oven/air fryer, bakar selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Sejukkan.
- Selepas sejuk masukkan dalam TM6 semua bahan dan grind selama satu minit, kelajuan 10.
- Boleh juga guna pengisar kering, kisar hingga jadi serbuk tapi pastikan kisar sedikit demi sedikit.
Siap, sekarang tak perlulah risau makanan kita sudah ada serbuk perasa cendawan. Selamat mencuba.
Baca juga: Rakaman suara ibu Zayn Rayyan terdedah, “Zayn hilang, kasut pun tak bunyi..”