Tak perlu susah-susah nak pergi ‘waterpark’ semuanya belakang rumah. Seorang bapa sanggup habis ratusan ribu untuk membina taman tema air di belakang rumah, demi anak-anak beliau.
Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan taman tema air mini yang dibina oleh ahli perniagaan Shukrie Ab Rahim.
Menerusi laporan, Shukrie membina taman tema air tersebut demi memberikan kepuasan kepada enam cahaya matanya, berusia antara tiga hingga 11 tahun yang sangat gemarkan aktiviti air.
โAsalnya ruang tanah itu adalah kebun mini yang diusahakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Ada pelbagai jenis sayuran ditanam antaranya kangkung, cili, kacang panjang, petola, tomato, sawi dan bendi. Semuanya hanya untuk makan sendiri.
โNamun, anak-anak pula bosan kerana tak dapat keluar dari rumah, itu yang mendorong saya untuk membinanya, lagipun anak-anak juga selalu ajak pergi ke taman tema selepas tamatnya tempoh PKP,โ katanya.
Difahamkan, taman tema air mini seluas kira-kira 21 x 15 meter persegi atau sebesar gelanggang futsal itu mula dibina pada 2021 dan siap sepenuhnya setahun kemudian dengan dilengkapi kolam renang, taman permainan air, gelongsor air, zoo mini dan dikelilingi pokok mulberi dan pokok anggur serta air pancuran.
Bagi mewujudkan suasana seakan-akan berada di taman tema air sebenar atau komersial, landskap di sekitar kawasan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti bilik gimnasium, surau, tandas, gerai, bilik persalinan, mesin layan diri dan tempat istirahat.
Pada masa sama, taman tema air mini yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu turut dibuka bagi aktiviti riadah buat anak-anak yatim tajaannya dari Rumah HALO Prihatin Jalinan Kasih di Cheras dan Rumah HALO Prihatin Ainul Kasih di Pasir Gudang, Johor.
Baca juga: Tak sampai 8 jam beli Bezza baru terus rosak, โdah lah bayar bank jalan macam biasa..โ