Apabila bercakap tentang barang masakan, pasti ini adalah kemahiran ibu-ibu di rumah.
Cara memotong bawang, resepi masak memasak pasti sudah dimahiri namun pasti yang tidak ramai tahu cara untuk menyahbekukan ayam yang sudah beku didalam peti sejuk.
Ini kerana bahan mentah seperti ayam, daging, ikan, dan lain-lain perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk dan disimpan di bahagian beku. Ini dilakukan untuk memastikan kesegaran bahan tersebut bertahan lama.
Ada ke cara mudah ke untuk ‘defrost’ ayam beku tadi? Boleh ke kalau rendam dalam air paip sehingga dia cair dan lembut?
Tidak perlu risau, terdapat jawapan untuk persoalan tersebut. Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama @shahidahazira telah berkongsi tips mengenai cara ‘defrost’ tersebut.
Menurut perkongsian tersebut, salah satu kaedah mudah yang boleh digunakan ialah dengan meletakkan ayam di bahagian peti sejuk (tidak dalam keadaan beku) di dalam ‘chiller’ selama sehari penuh.
Contohnya, jika anda ingin memasak lauk seperti ayam pada keesokan harinya, anda boleh meletakkannya di bahagian bawah peti sejuk yang tidak beku sekarang.
Kaedah kedua ialah dengan merendamkan bahan mentah tersebut ke dalam air yang bersih. Namun anda perlu pastikan untuk tidak merendam dan membiarkan protein tersebut terlalu lama di luar peti sejuk kerana dikhuatiri dicemari bakteria.
Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan fungsi ‘defrost’ yang disediakan oleh ketuhar gelombang mikro di rumah anda. Kelebihan ini biasanya terdapat pada setiap ketuhar gelombang mikro untuk memudahkan proses menyahbeku bahan mentah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ramai ragu-ragu hukum guna pinggan dikongsi dengan non-muslim, rupanya ada penjelasan mudah