“Tak pernah dapat tips banyak macam ni.” Rider penghantar makanan terkejut sekali buka sampul ada sejumlah wang RM1000

“Saya tidak pernah terima tip (wang) sebanyak ini daripada pelanggan, jadi memang terkejut. Saya bersyukur, ini rezeki saya,” kata penghantar makanan, Muhammad Faris Faizul.

Rider Terkejut Dapat Buka Sampul Ada Tips RM1000, Terus Call Pelanggan Untuk Kepastian Takut Tersilap

Muhammad Faris, 28, memuat naik hantaran di Facebook (FB) mengenai kisahnya menerima sampul berisi wang RM1,000 daripada seorang pelanggan wanita.

Dia berkata, dia menerima wang berkenaan selepas menghantar pesanan kepada seorang pelanggan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Muhammad Faris berkata, itu bukan kali pertama dia menerima tip daripada pelanggan tetapi jumlah diterima kelmarin adalah yang paling banyak sejak bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa awal tahun lalu.

“Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka.

“Sama juga seperti kelmarin kerana sebaik menerima pesanan, saya bergegas mengambil makanan dipesan di restoran dan menghantarnya ke rumah pelanggan jam 5.25 petang.

“Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ,” katanya.

Selepas beredar daripada situ, Muhammad Faris berhenti rehat di satu kawasan dan terkejut apabila melihat ada RM1,000 di dalamnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Muhammad Faris menghubungi semula pelanggan berkenaan kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya.

“Rupanya, pelanggan berkenaan memang berniat memberi saya wang sebanyak itu

“Dia ikhlas cuma minta saya doakan semoga dia dikurniakan zuriat dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain.

“Ikutkan saya tidak mahu berkongsi kisah itu di FB tetapi lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas terbaca hantaran saya,” katanya.

Muhammad Faris berhasrat menyumbang sebahagian wang diterimanya kepada anak yatim.

“Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.

“Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan,” katanya.

Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni